Monday, May 10, 2010

Tujuh Fakta Mengenai Protokol Kyoto



1. Apa itu Protokol Kyoto?
Protokol Kyoto merupakan satu pakatan oleh negara-negara semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kyoto pada tahun 1997 untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Sasaran pengurangan gas rumah hijau ini akan bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Jika tahap pelepasan masih tinggi, maka mereka perlu memperdagangkan pelepasan (emissions trading). Perjanjian ini akan tamat pada tahun 2012.

2. Prinsip Protokol Kyoto
Negara maju (kaya) dipertanggung-jawabkan ke atas pengurangan gas rumah hijau kerana mereka dianggap sebagai penyebab peningkatan gas ini. Mereka dikehendaki mengurangkan pelepasan gas-gas tersebut sekurang-kurangnya 5% di bawah tahap pelepasan tahun1990.

3. Objektif Protokol Kyoto
Untuk menstabilkan gas rumah hijau di dalam atmosfera (hasil daripada aktiviti manusia) kepada tahap yang tidak akan menjejaskan sistem iklim. Gas rumah hijau: Karbon Dioksida (CO2), Metana (CH4), Nitrus Oksida (N2O), Sulfur Heksaflurida (SF), Hidroflorokarbon(HFCs) dan Perflurokarbon (PFCs).

4. Negara yang Menjadi Ahli
Setakat Jun 2007, sebanyak 174 negara telah pun menandatangan dan mengesahkan perjanjian (ratifikasi) kecuali Amerika Syarikat dan Australia. Amerika Syarikat menolak pakatan tersebut dengan alasan perjanjian ini akan memudaratkan negara itu. Malaysia telah meratifikasikan perjanjian pada September 2002.

5. Adakah semua ahli akan patuh?
Tidak. Hanya 35 negara maju telah bersetuju untuk mencapai sasaran 2008-2012. China dan India dikecualikan.

6. Bagaimanakah negara-negara ahli dapat memenuhi kepatuhan? Persatuan Europah akan mengurangkan pelepasan sebanyak 8%. Industri dan stesen janakuasa diberi kuota karbon dioksida. Jika terlebih, mereka dibenarkan “membeli” di pasaran atau dikenakan bayaran penalti. Jika terkurang mereka dibenarkan “menjual”. Negara-negara membangun termasuk Malaysia dikecualikan kerana mereka dianggap sebagai bukan penyebab peningkatan gas rumah hijau. Walaubagaimanapun mereka masih terikat dengan komitmen kearah mengurangkan gas rumah hijau.

7. Apa jadi selepas 17 tahun ratifikasi?
Berikut adalah perubahan pelepasan gas rumah hijau oleh beberapa negara- negara ahli:

http://en.wikipedia.org/wiki/Kyoto_Protocol


Mohd. Norazlizam bin Azman

No comments:

Post a Comment