Saturday, May 22, 2010

Satu Langkah Baru!!! ^_^

Artikel dari MyMetro bertarikh 21/5/2010 :

Wajib asing sampah menjelang 2013

DAMANSARA: Selaras usaha menjadikan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia lebih berkesan, kerajaan akan mewajibkan pengasingan sampah di rumah menjelang 2013, sekali gus dapat mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr Nadzri Yahaya berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Kabinet sebelum ini yang mahu akta berkenaan dikuatkuasakan selewat-lewatnya awal tahun depan,” katanya ketika sidang media pada Persidangan dan Pameran Pengurusan Sisa Buangan 2010 (WM2010) anjuran Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara di sini, semalam.

Pandangan saya : Saya amat bersetuju dengan langkah pihak kerajaan yang mewajibkan pengasingan sampah mengikut kategori ini. Seharusnya, pihak media juga perlu mempergiat kempen kesedaran contohnya cara pengasingan sampah mengikut kategori untuk membuka minta masyarakat terutamanya generasi muda kerana 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Namun, jika kempen dan akta sahaja yang giat, tanpa kesedaran masyarakat, belum tentu langkah ini berjaya. Kesedaran dalam diri amatlah penting supaya dapat mempraktikkan apa yang baik. Sememangnya, kita sayangilah bumi kita!=)

Oleh : Herma Julianny Henry

No comments:

Post a Comment