Maklumat ini saya ambil dari Berita Harian Online, bertarikh 22 Mei 2010.
Semua Opsyen Jana Elektrik Akan Diterokai
KUALA LUMPUR: Sebanyak 59 peratus daripada 2,051 responden mahu kerajaan menjadikan tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif, berbanding 23 peratus memilih tenaga nuklear.
Datuk Seri Najib Razak berkata, 1,207 atau 59 peratus responden memberi maklum balas menyokong penggunaan tenaga suria, diikuti tenaga nuklear sebanyak 23 peratus atau 467 orang, tenaga biojisim 12 peratus (261) dan tenaga angin enam peratus (116).
Tinjauan itu dilakukan di laman blog Perdana Menteri www.1Malaysia.com.my selama dua minggu bermula 3 Mei lalu berhubung opsyen tenaga boleh diperbaharui.
Bagaimanapun, Najib berkata, tenaga nuklear lebih popular di kalangan pembaca dengan dua pertiga daripada mereka memberikan komen yang lebih kurang seimbang sama ada menyokong atau menentang, diikuti tenaga suria, biojisim dan angin.
“Semua ini pada saya menandakan bahawa terdapat perasaan yang bercampur aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik dan ia juga mengesahkan bahawa kita masih perlu mendalami lagi perkara ini sebelum membuat apa-apa keputusan tentang tenaga nuklear.
“Semua opsyen untuk menjana elektrik angin akan diterokai baik daripada tenaga biojisim mahu pun tenaga angin,” kata beliau dalam laman blognya.
Najib berkata, satu Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Diperbaharui kini sedang digubal oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk dibentangkan di Parlimen tahun ini.
“Jika dapatan kita betul, sekurang-kurangnya 52,000 pekerjaan dapat diwujudkan dan pelbagai jenis perniagaan yang dianggarkan bernilai RM70 bilion dapat dijana daripada sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjelang 2020, menurut kata pakar,” katanya.
Najib juga berharap, rakyat akan terus memberikan maklum balas berhubung sumber tenaga alternatif negara, termasuk berkongsi pertanyaan dan kebimbangan bersama beliau dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
“Masa depan tenaga kita adalah satu perdebatan yang penting dan dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau,” katanya.
Lebih ramai yang mengesyorkan tenaga suria sebagai tenaga alternatif.
._. Pada pendapat saya, saya lebih bersetuju dengan penggunaan tenaga suria sebagai tenaga alternatif kerana cahaya matahari ni boleh didapati di mana-mana. Walaupun kelemahannya ialah tidak dapat digunakan pada waktu malam, alternatif lain seperti menyerap tenaga suria untuk digunakan pada waktu malam (seperti bateri yang boleh dicaj semula) ataupun guna tenaga suria pada siang hari, malamnya pula guna tenaga lain. Saya tidak bersetuju dengan penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif kerana boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan yang tidak baik (peperangan). Oleh itu, penggunaan tenaga suria adalah lebih selamat. =)
Oleh : Herma Julianny Henry
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment