Berikutan dengan masalah kekurangan air tersebut, apa yang agak mengecewakan saya ialah apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak menutup pili paip selepas mendapati air paip sudah tidak ada. Jadi, apabila air paip sudah ada, air akan mengalir dan ini merupakan pembaziran yang amat teruk bagi saya. Melalui pemerhatian saya, jika satu paras ada dua bilik mandi, dan satu bilik mandi itu tidak menutup 3 pili paip, betapa banyak lagi pili paip yang tidak ditutup di bilik mandi yang lain. Dan yang lebih mengecewakan ialah apabila terdapat segelintir orang yang tidak menutup pili paip tersebut apabila melihat pili paip tersebut terbuka dan sedikit air mengalir. Betapa kurangnya kesedaran dalam diri mereka mengenai pentingnya air dalam kehidupan seharian. Mungkin mereka tidak sedar, kita manusia sedang kekurangan air bersih dan pada masa akan datang, mungkin hanya sedikit sahaja air bersih di dunia ini.
Begitu juga dengan penggunaan elektrik di asrama. Melalui pemerhatian saya, penggunaan elektrik masih boleh dikatakan baik, namun tidaklah baik sepenuhnya. Sebagai contoh, lampu di sepanjang koridor. Lampu di sepanjang koridor asrama sentiasa terpasang di asrama perempuan sepanjang malam, manakala di asrama lelaki pula lampu koridor akan ditutup selepas pukul 11 malam. Daripada pemerhatian, lampu koridor di asrama perempuan sentiasa terpasang sepanjang malam adalah untuk keselamatan pelajar asrama. Sungguhpun begitu, pada siang harinya, penghuni asrama di beberapa paras ada yang tidak menutup suis lampu koridor. Sepatutnya mereka menutup suis lampu di koridor sebaik sahaja waktu pagi menjelma. Hal ini agak mengecewakan, kerana di samping berlakunya pembaziran elektrik, berlaku juga pembaziran wang untuk membayar bil elektrik. Dari sini boleh disimpulkan bahawa tahap kesedaran dalam kalangan guru pelatih memang agak kurang dan mengecewakan.

Gambar di atas menunjukkan lampu di koridor yang tidak ditutup pada siang hari.

Gambar ini pula menunjukkan paip air yang tidak ditutup ketika ketiadaan air paip.

Keadaan di dalam bilik mandi pada siang hari, lampu dibiarkan terbuka.
Sebagai tambahan : Penghawa dingin yang terpasang walaupun tiada orang di dalam kelas tersebut.
Sebagai tambahan : Lampu di kantin yang terpasang pada siang hari.
Sebagai tambahan : LCD yang terpasang di sebuah kelas pada waktu malam tanpa orang di dalam kelas tersebut.
._. Posted by : Herma Julianny Henry
No comments:
Post a Comment